Penukaran Baki Automatik
Program ini disasarkan kepada para pelanggan yang layak bagi membantu mereka membayar balik baki tertunggak kad kredit[1] mereka dalam jangka masa yang pendek pada kadar yang lebih rendah. Ini akan mengurangkan kadar faedah[2] kepada para pelanggan.
Program ini juga diadakan untuk menggalak pengurusan kewangan yang lebih berhemat antara pelanggan, seperti berbelanja dalam kemampuan dan membayar balik baki kad kredit[1] dalam masa yang lebih singkat.
Program Penukaran Baki Automatik
balance-1

Kadar Rendah

13% setahun *EIR[2] berbanding 15% - 18% setahun pada kad kredit[1] yang belum dibayar

* EIR[2] merujuk kepada kadar faedah efektif[2]

balance-2

Tiada Fi

Tiada fi pemprosesan pada setiap penukaran dan tiada fi pembatalan jika anda ingin menjelaskan pelan bayaran ansuran lebih awal

balance-3

Mudah

Menukarkan baki kad kredit[1] anda yang belum dibayar setiap 12 bulan pada kadar yang lebih rendah secara automatik

Ciri-ciri Utama
  • Para pelanggan yang layak akan diberi notis terlebih dahulu sebelum didaftarkan ke dalam program ini. Para pelanggan dibenar untuk menolak tawaran tersebut
  • Baki kad kredit[1] anda yang belum dibayar akan ditukar kepada 36 ansuran bulanan
  • Bayaran ansuran perlu dibayar penuh setiap bulan
  • Baki akan ditukar pada kadar 13% setahun (kadar faedah efektif[2])
  • Amaun penukaran minimum ialah RM1,000
  • Amaun penukaran* = Jumlah baki penyata – jumlah bayaran
*Untuk kad kredit-i, Amaun penukaran[4] = Jumlah baki prinsipal tertunggak

Sila maklum bahawa jumlah yang ditukar akan diasaskan pada kadar jumlah had[3] kad kredit[1] anda. Setiap bayaran ansuran bulanan yang anda bayar akan mengembalikan kadar jumlah had[3] kad kredit[1] anda sedikit demi sedikit sehingga Penukaran Baki Automatik anda dibayar balik sepenuhnya.

Bagaimanakah program ini berfungsi?

Apabila anda didaftarkan ke dalam program ini, baki kad kredit[1] anda akan ditaksir selepas tempoh akhir pembayaran dan ditukar kepada 36 bayaran balik secara ansuran setelah menepati kriteria kelayakan setiap 12 bulan.

Notis Kesedaran

25 Julai 2019

TARIKH PENDAFTARAN

25 Ogos 2019

Tarikh Penyata

1 Sep 2019

Tarikh Pembayaran

21 Sep 2019

TARIKH PENUKARAN

26 Sep 2019

TARIKH KITARAN KELAYAKAN BAHARU UNTUK PENUKARAN

Penyata Sep 2020

Notis Kesedaran

25 Julai 2019

TARIKH PENDAFTARAN

25 Ogos 2019

Tarikh Penyata

1 Sep 2019

Tarikh Pembayaran

21 Sep 2019

TARIKH PENUKARAN

26 Sep 2019

TARIKH KITARAN KELAYAKAN BAHARU UNTUK PENUKARAN

Penyata Sep 2020

Nota: Tarikh-tarikh di atas menerangkan proses penukaran berlaku mengikut jadual garis masa
  • Pengeluar kad kredit yang terlibat akan mendaftar pelanggan yang layak secara automatik
  • Sejurus pendaftaran, baki penyata tertunggak[4] akan ditukarkan selepas tarikh akhir pembayaran + tempoh bertenang untuk pembayaran*
    * Ilustrasi ini menganggap tempoh bertenang untuk pembayaran = 4 hari. Sila rujuk pada syarat & terma pengeluar kad kredit masing-masing
Kelebihan Utama
  • Kadar faedah[2] rendah 13% setahun berbanding kadar kad kredit[1] pada 15% hingga 18% setahun.
  • Proses penukaran yang mudah - penjelasan baki tertunggak[4] anda ditukar sejurus selepas anda didapati sesuai dengan kriteria kelayakan (taksiran tahunan)
  • Tiada fi pemprosesan pada penukaran
  • Tiada fi pembatalan - program yang fleksibel membolehkan anda menjelaskan pelan bayaran ansuran dengan awal tanpa fi tambahan
  • Pilihan fleksibel untuk memilih keluar selepas setiap tawaran program penukaran

Kadar Bulanan Yang Perlu Dibayar:

paymentpaymentpaymentpayment

Ini ialah contoh bayaran balik minimum tertunggak dengan dan juga tanpa Penukaran Baki Automatik dengan anggapan seperti berikut:

  • i)Bayaran balik minimum ialah 5% dari baki penyata. Pelanggan melakukan bayaran minimum tertunggak (5%) sebulan.
  • ii)Tiada pembelian atau pengeluaran wang tunai baharu semasa penukaran.
  • iii)Jumlah tertunggak terdiri daripada pembelian pada kadar 17% setahun.
  • iv)Jumlah ansuran bulanan daripada Penukaran Baki Automatik ialah RM320 dan 100% jumlah ansuran bulanan tersebut perlu dibayar sebagai sebahagian daripada pembayaran minimum.
Kriteria Kelayakan

Nota:

Memilih Keluar atau Pembatalan

* Untuk kredit kad-i, pengeluar kad kredit akan menawar ibra jika anda menjelaskan pelan bayaran ansuran awal dari tempoh matang

Sila rujuk pada syarat & terma pengeluar kad kredit masing-masing.

J.

Penukaran Baki Automatik adalah program kad kredit[1] untuk pemegang kad kredit[1] yang layak bagi mereka menukar baki yang tertunggak kepada bayaran ansuran lebih rendah jika syarat kriteria dipenuhi. Jika baki tertunggak pada penyata[4] sampai pada amaun minimum RM1000, ia akan ditukar ke pelan bayaran ansuran pada 13% setahun selama 36 bulan. Anda boleh juga memilih untuk keluar dari program ini pada bila-bila masa.

J.

Anda layak untuk program Penukaran Baki Automatik selepas memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  • i)Pendapatan bulanan = < RM5,000 (mengikut rekod pendapatan dengan pengeluar kad kredit berkenaan) dan
  • ii)Nisbah pembayaran = <10% dari baki tertunggak purata selama 12 bulan
  • (Nisbah pembayaran = jumlah pembayaran selama 12 bulan lalu / jumlah baki penyata selama 12 bulan lalu)
    Kelayakan akan ditaksir setiap tahun.

J.

Anda akan didaftarkan ke dalam program ini oleh pengeluar kad kredit anda selepas anda memenuhi kriteria kelayakan.

J.

Sejurus anda didaftarkan ke dalam program ini, baki kad kredit[1] anda akan ditaksir pada tarikh akhir pembayaran + tempoh bertenang untuk pembayaran (berbeza untuk setiap pengeluar kad kredit). Jika baki tertunggak di penyata[4] anda (kecuali pembayaran yang telah dibuat) memenuhi kriteria minimum RM1,000, ia akan ditukar kepada pelan bayaran ansuran seperti kadar faedah[2] dan tempoh yang dipersetujui. Penukaran Baki Automatik tidak akan berlaku pada akaun yang tertunggak dimana pembayaran tidak dibuat selepas tarikh habis tempoh. Penukaran seterusnya akan ditawar kepada para pelanggan yang layak dalam tempoh 12 bulan melalui notis terlebih dahulu.

J.

Penukaran Baki Automatik tidak akan dilakukan. Penaksiran semula akan dilakukan bulan seterusnya.

J.

Anda boleh memilih keluar daripada setiap tawaran penukaran baki dengan menghubungi pengeluar kad kredit anda. Pembayaran Penukaran Baki Automatik akan diteruskan sehingga tempoh matang kecuali jika anda memilih untuk menjelaskan jumlah bayaran ansuran awal dari tempoh matang.

J.

Terdapat 30 hari tempoh bertenang untuk pembatalan selepas penukaran bagi kali pertama. Jika anda memilih untuk membatalkan pelan ansuran selepas tempoh ini, anda perlu membayar baki tertunggak prinsipal dengan sepenuhnya. Untuk penukaran seterusnya, jika anda memilih untuk membatalkan pelan ansuran selepas penukaran baki, anda perlu membayar baki tertunggak prinsipal dengan sepenuhnya.

J.

Anda berhak menjelaskan bayaran ansuran Penukaran Baki Automatik secara penuh pada bila-bila masa tanpa perlu membayar fi pembatalan awal. Anda perlu membayar baki tertunggak jumlah prinsipal dengan sepenuhnya.

J.

Bayaran ansuran Penukaran Baki Automatik harus dijelaskan sepenuhnya setiap bulan. Amaun bayaran ansuran bulanan harus dikira dari tarikh penukaran berlaku dengan menggunakan cara pengiraan pengurangan baki. Kadar faedah efektif[2] adalah 13% dan tempohnya adalah 36 bulan. Bayaran ansuran pertama (termasuk kadar faedah[2] dan amaun prinsipal) akan ditunjukkan dalam penyata kad kredit[1] seterusnya.

J.

Jika anda gagal membayar bayaran ansuran pada tempoh matang, baki tertunggak akan diuruskan sama seperti cara pengeluar kad kredit menguruskan baki tertunggak yang dikenakan pada kad kredit[1]. Sila hubungi pengeluar kad kredit untuk maklumat lanjut.

J.

Apabila Penukaran Baki Automatik berlaku, amaun yang ditukar akan dikenakan pada had[3] kad kredit[1] anda. Setiap bayaran ansuran bulanan yang dibayar atau amaun sepenuhnya setelah Penukaran Baki Automatik dibayar akan dikembalikan kepada kadar had[3] kad kredit[1] anda.